Isnin, 8 Februari 2010

Bagaimana nak bagi waja nampak sporty?

Beginilah asal kereta aku...ni baru keluar dari kilang nih...nombor pun tak sempat nak daftar lagi. Kenapa aku pilih waja. Entahlah kata orang waja ni manja sedikit, manja dari segi mana tak tahulah tapi sejak aku menggunakannya dalam lebih kurang 3 bulan rasa best juga naik waja. Kenapa 3 bulan? sebab ini adalah kereta aku yang ke-4..tapi pisah cerai la..kereta pertama aku ialah proton saga, kemudian myvi, kemudian avanza dan sekarang
waja inilah. Cerita panjang pun tak guna, kita balik kepada topik asal aku.
Aku cuba juga tengok-tengok dalam internet dan majalah bahagian modifikasi kenderaan, terjumpalah gambar ini. Sekali tengok nampak macam evo, tapi ini waja yang telah diubah suai. Memang cantik tapi kalu boleh aku tak naklah nampak extreme sangat, maklumlah profesion aku kan guru.,tulah nak kena jaga profesion juga kan!

Belek punya belek jumpalah gambar ini..nak tau ini konsep apa? Ini adalah modifikasi yang dikeluarkan oleh engineer proton sendiri iaitu R3. ( Race, Rally, Research ), tapi korang mesti dah taukan...anyway okeylah juga,tapi...ada tapi lagi tu...kereta aku baru so kalu nak buang bampar depan kemudian tukar dengan bampar ni rasa sayang juga, maklumlah 'bini baru'..kosnya kalu yang originallah dalam RM4500...korang rasa berbaloi tak?tapi kalu dah minat punya pasal tak jadi masalah kan!
Ha....ni lagi extreme, konsepnya masih lagi mengekalkan keaslian waja cuma bampar depan dia nampak macam ganas sangat, tapi kalau untuk mereka yang sukakan kelainan bolehlah . Cuma kalu bampar begini biasanya orang akan guna jenis fiber, tapi bagi aku kalau bolehlah tak mahu guna fiber, walaupun kosnya murah tapi biasalah kualiti kuranglah sikit. Apa-apa hal pun itu minat masing-masinglah kan!
Yang ini adalah modifikasi standard, cuma yang nampak lain adalah pada warnanya sahaja iaitu kuning. Kalau koranglah kuning ok tak?mungkin korang akan cakap itu selera masing-masing kan.....
So macamana? Apa komen anda semua mengenai soalan aku tu...Patutkah aku modifikasi waja supaya nampak sporty? Kalau anda setuju bolehlah bagi cadangan.....aku tunggu komen korang..

3 ulasan:

  1. amboiiii ...cikgu...minat keta nampak...biasa boy jer minat ajust keta nihh...emmm huwa..huwa..jen jen???senang2 mcm ni lah beli evo X terus las...x payah ubah2..lagi ok...boleh bawa g coconut village...test power katakan

    BalasPadam
  2. bilo nak bawa waja kena sumpoh jadi evo ni mai coconut village nihhh????

    BalasPadam
  3. jom tgk revolusi waja....kt blog sye!!! salam raya..

    BalasPadam