Ahad, 28 Februari 2010

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

Sedih bilaku dengar satu berita yang menyanyatkan hati semalam. Manusia atau binatang..? sanggup kau perlakukan kanak-kanak tiga tahun macam binatang...!!!Binatang pun tak sanggup perlakukan anaknya sedemikian. Apa salah kanak-kanak seusia itu pada seorang yang bernama dewasa?!sudah hilangkah perikemanusiaan dalam diri kita sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini. Sudah jauh benarkah masyarakat kita daripada Allah hingga kita bersifat lebih daripda syaitan....Alangkah gembiranya syaitan kerana sudah berjaya menyesatkan dan memesongkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini...Wahai manusia yang durjana, moga Allah memberi peluang kepada mu untuk bertaubat sebelum kamu dipanggil menemuinya....dan yang pasti suci dan harumnya Syafia Humairah di syurgaMu...... Renungilah kata-kata ini

KEWARASAN HATI

Gersangnya laman
iman bayi tiada dosa
jadi mangsa
kontangnya wadi perasaan
anak kecil dibunuh
tanpa kasihan
debunga kasih
berguguran
kala nafsu menjajah
kewarasan.
Beginilah masyarakat
akhir zaman
langsung tiada pedoman.
Dipetik dari Berita Minggu 28 Februari 2010
Hasil nukilan: Mohd Haniff Mohammad Yusoff, UUM Sintok.

Selasa, 9 Februari 2010

Tukar tajuk url artikel

http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

Buat rakan-rakan semua, diharapkan dapatlah memberi komen bagi artikel di url ini yang membincangkan berlakunya penyalahgunaan internet di kalangan mahasiswa hari ini. Perbuatan ini, sama sekali tidak boleh di anggap remeh kerana kelak mereka bakal menjadi penjenayah maya dan mampu mengganggu gugat keamanan negara kita.

p.s : alamat url hari tu dah kena remove. Dah tak boleh nak baca. Lupa nak save dia punya teks. Jadi bolelah komen yang baru ni, sonang ajo.

Isnin, 8 Februari 2010

Bagaimana nak bagi waja nampak sporty?

Beginilah asal kereta aku...ni baru keluar dari kilang nih...nombor pun tak sempat nak daftar lagi. Kenapa aku pilih waja. Entahlah kata orang waja ni manja sedikit, manja dari segi mana tak tahulah tapi sejak aku menggunakannya dalam lebih kurang 3 bulan rasa best juga naik waja. Kenapa 3 bulan? sebab ini adalah kereta aku yang ke-4..tapi pisah cerai la..kereta pertama aku ialah proton saga, kemudian myvi, kemudian avanza dan sekarang
waja inilah. Cerita panjang pun tak guna, kita balik kepada topik asal aku.
Aku cuba juga tengok-tengok dalam internet dan majalah bahagian modifikasi kenderaan, terjumpalah gambar ini. Sekali tengok nampak macam evo, tapi ini waja yang telah diubah suai. Memang cantik tapi kalu boleh aku tak naklah nampak extreme sangat, maklumlah profesion aku kan guru.,tulah nak kena jaga profesion juga kan!

Belek punya belek jumpalah gambar ini..nak tau ini konsep apa? Ini adalah modifikasi yang dikeluarkan oleh engineer proton sendiri iaitu R3. ( Race, Rally, Research ), tapi korang mesti dah taukan...anyway okeylah juga,tapi...ada tapi lagi tu...kereta aku baru so kalu nak buang bampar depan kemudian tukar dengan bampar ni rasa sayang juga, maklumlah 'bini baru'..kosnya kalu yang originallah dalam RM4500...korang rasa berbaloi tak?tapi kalu dah minat punya pasal tak jadi masalah kan!
Ha....ni lagi extreme, konsepnya masih lagi mengekalkan keaslian waja cuma bampar depan dia nampak macam ganas sangat, tapi kalau untuk mereka yang sukakan kelainan bolehlah . Cuma kalu bampar begini biasanya orang akan guna jenis fiber, tapi bagi aku kalau bolehlah tak mahu guna fiber, walaupun kosnya murah tapi biasalah kualiti kuranglah sikit. Apa-apa hal pun itu minat masing-masinglah kan!
Yang ini adalah modifikasi standard, cuma yang nampak lain adalah pada warnanya sahaja iaitu kuning. Kalau koranglah kuning ok tak?mungkin korang akan cakap itu selera masing-masing kan.....
So macamana? Apa komen anda semua mengenai soalan aku tu...Patutkah aku modifikasi waja supaya nampak sporty? Kalau anda setuju bolehlah bagi cadangan.....aku tunggu komen korang..