Ahad, 28 Februari 2010

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

Sedih bilaku dengar satu berita yang menyanyatkan hati semalam. Manusia atau binatang..? sanggup kau perlakukan kanak-kanak tiga tahun macam binatang...!!!Binatang pun tak sanggup perlakukan anaknya sedemikian. Apa salah kanak-kanak seusia itu pada seorang yang bernama dewasa?!sudah hilangkah perikemanusiaan dalam diri kita sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini. Sudah jauh benarkah masyarakat kita daripada Allah hingga kita bersifat lebih daripda syaitan....Alangkah gembiranya syaitan kerana sudah berjaya menyesatkan dan memesongkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini...Wahai manusia yang durjana, moga Allah memberi peluang kepada mu untuk bertaubat sebelum kamu dipanggil menemuinya....dan yang pasti suci dan harumnya Syafia Humairah di syurgaMu...... Renungilah kata-kata ini

KEWARASAN HATI

Gersangnya laman
iman bayi tiada dosa
jadi mangsa
kontangnya wadi perasaan
anak kecil dibunuh
tanpa kasihan
debunga kasih
berguguran
kala nafsu menjajah
kewarasan.
Beginilah masyarakat
akhir zaman
langsung tiada pedoman.
Dipetik dari Berita Minggu 28 Februari 2010
Hasil nukilan: Mohd Haniff Mohammad Yusoff, UUM Sintok.

1 ulasan: