Selasa, 9 Februari 2010

Tukar tajuk url artikel

http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

Buat rakan-rakan semua, diharapkan dapatlah memberi komen bagi artikel di url ini yang membincangkan berlakunya penyalahgunaan internet di kalangan mahasiswa hari ini. Perbuatan ini, sama sekali tidak boleh di anggap remeh kerana kelak mereka bakal menjadi penjenayah maya dan mampu mengganggu gugat keamanan negara kita.

p.s : alamat url hari tu dah kena remove. Dah tak boleh nak baca. Lupa nak save dia punya teks. Jadi bolelah komen yang baru ni, sonang ajo.

6 ulasan:

  1. pada pendapat saya ramai responden yang bersetuju supaya penguatkuasaan undang-undang
    siber perlu dilaksanakan segera. Oleh itu saya mencadangkan juga supaya pihak kerajaan melalui jabatan
    atau kementerian yang berkaitan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang siber di
    Malaysia khususnya di kalangan mahasiswa agar penyalahgunaan Internet dapat dikurangkan atau
    dihapuskan pada tahap maksima.

    BalasPadam
  2. askum,
    pada pendapat saya,internet adalah alat komunikasi untuk penyebaran ilmu dan maklumat. Menularnya jenayah siber di kalangan remaja/mahasiswa adalah salah satu penyalahgunaan teknologi pada masa kini. mereka melakukan jenayah ini adalah disebabkan perasaan ingin tahu,hiburan, hobi ataupun kerana bosan. Jenayah yang biasannya dilakukan adalah menghantar email kpd seseorang tanpa diminta, memuat turun perisian komputer tanpa kebenaran dan byk lagi.
    Bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa adalah dengan mengambil tindakan undang- undang.pihak kerajaan melalui jabatan / kementerian pelajaran perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah siber ini khususnya di kalangan mahasiswa di negara ini agar dapat dikurangkan. selain itu, cara mengatasi masalah ini adalah dengan mempromosikan akta dab etika penggunaan internet ke seluruh sekolah di malayasia ini. dengan cara ini diharap dapat mengurangkan dari berleluasanya jenayah ini drai terus menular.

    BalasPadam
  3. salam............
    Penyalahgunaan internet di kalangan mahasiswa merupakan satu daripada jenayah siber yang perlu dipantau oleh pihak berkuasa. Mahasiswa kini bayak didedahkan dengan internet yang merangkumi maklumat yang ada di seluruh dunia. Kini pelajar atau mahasiswa kini dapat mengulas dan beri komen apa jua artikel atau berita tanpa had. Jadi pihak berkuasa kini telah menubuhkan akta laman web untuk membendung penyalahgunaan internet....

    BalasPadam
  4. salam..
    Mahasiswa hari ini adalah cermin kepada kepimpinan dan masyarkat akan datang. Jesteru mahasiswa perlu diselamatkan dan dihalang dari dirosakkan dan merosakkan diri sendiri dan orang lain.Dalam dunia tanpa sempadan hari ini adalah mustahi untuk mengawal penyalahgunaan internet dalam tahap seratus peratus. Pada pandangan saya dalam konteks pendidikan pengggunaan harus dicanangkan dan dipromosikan kearah kebaikan dan pembangunan.Para mahasiswa perlu didedahkan dengan penggunaan internet yang positif yang boleh membina minda diri dan masyarakat. Sebagai contoh di galakkan mereka membuat blog-blog yang boleh mereka kongsikan keintelektualan yang mereka miliki.
    Sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang telah berjaya memberi sumbangan kepada masyarakat dunia dalam bidang teknologi perkomputeran adalah dikalangan mahasiswa, sebagai contoh adalah Bill Gates (walaupun dikatakan tidak sempat menghabiskan pengajiaannya diuniversiti).

    BalasPadam
  5. Penyalahgunaan internet semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia dewasa ini. Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna internet yang tidak mengetahui bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan teknologi siber. Lantaran itu, keadaan ini telah menimbulkan gambaran yang negatif kepada mereka yang kurang mengetahui tentang dunia internet.

    BalasPadam
  6. Jenayah internet makin berleluasa kini dan memberikan impak yang negatif terhadap para pengguna amnya dan khususnya terhadap para pelajar.Para pelajar seharusnya cakna tentang tanggungjawab mereka menimba ilmu bukan dengan penyalahgunaan internet.Internet harus digunakan sebaik mungkin dalam usaha membantu proses pembelajaran berjalan lancar.semua pihak harus gembleng tenaga untuk merealisasikan impian mmbina insan celik IT melalui penggunaan Internet dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang!

    BalasPadam