Ahad, 10 Januari 2010

ARTIKEL BERKAITAN SGDT 3023

Kepada semua geng dip-yik kohot 2, boleh baca lah url ni. Bagus untuk dibaca tapi jangan lupa ye, sila komen nanti.

www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

http://www.scribd.com/doc/16660458/Kelebihan-dan-kelemahan-penggunaan-sumber-dan-perkhidmatan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran

http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

8 ulasan:

  1. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN SUMBER & PERKHIDMATAN INTERNET DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

    Dalam dunia serba moden dan maju kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran sudah mula berubah daripada berbentuk syarahan, ucapan kepada bentuk penyampaian melalui komputer atau internet.
    jika dulu pelajar hanya menerima apa saja yang disampaikan oleh guru dan banyak bergantung kepada ilmu guru, kini mereka hanya perlu melayari laman-laman web tertentu untuk mencari sebarangmaklumat yang diperlukan.
    kewujudan laman sosial seperti blog, e-mail, e-group, facebook adalah hasil daripada berkembangnya fungsi internet dalam kehidupan.
    walau bagaimanapun, masalah tetap wujud dalam setiap perubahan yang berlaku seperti kurangnya ilmu berkaitan komputer dan internet serta terdedah kepada jenayah siber.
    bagi pelajar kawasan luar bandar atau pedalaman, mereka mungkin kurang pendedahan tentang manfaat internet atau komputer, manakala pelajar-pelajar di bandar pula kerap terpengaruh dengan gejala seperti hacker atau melayari laman pornographic.
    oleh itu, penggunaan sumber atau khidmat internet adalah bergantung kepada perilaku pengguna itu sendiri, samada mereka mahu mencari maklumat berguna atau sekadar mencari keseronokan.

    BalasPadam
  2. PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

    pada pendapat saya, ICT sangat berperana terutama dalam pendidikan yang menuju kearah negara maju ini. ICT sgt penting dalam pendidikan kerana ia memberikan banyak maklumat dan informasi terkini kepada pelajar.
    berssesuian dengan konsep pendidikan sekaran ini yang menekankan kepada pembelajaran yang berpusatka pelajar di mana pelajar perlu meneroka sendiri untuk mendapatkan maklumat dan isi pelajar yang di ajar.
    selain itu, dengan kemudahan ICT pelajar dan guru saling dapat berhubung walaupun jarak menjadi batasan pertemuan mereka dengan adanya email...blog...face book.. dan sebagainya.
    namun begitu peranan ICT yang begitu besar ini seharusnya digunakan sebaik- mungkin oleh pelajar agar tidak melayari laman - web yang berunsur negatif yang boleh melalaikan mereka..

    BalasPadam
  3. Penyalahgunaan internet dalam kalangan mahasiswa

    internet merupakan satu medium penyampaian maklumat yang paling pantas dewasa ini, namum disebalik kelebihannya, terdapat kelemahannya. dimana jika dihat senario hari ni pelajar-pelaajr bukan sahaja mahasiswa tetapi pelajar sekolah hanya umurnye baru belasan tahun sudah pandai menggunakan kecanggihan yang ada dengan melihat perkara-perkara yang tidak senonoh seperti gambar lucah, permainan judi, hasutan dan sebagainya.

    jika jurnal tersebut hanya membincangkan tentang penyalahgunaan internet dalam kalangan mahasiswa saya rasa ia tidak lah berapa membimbangkan kerana mereka sudah dewasa dan tahu akan akibat dan tindakan yang akan mereka terima nanti

    tetapi bagi pelajar sekolah mereka hanya tau untuk berseronok tanpa menyedari bahawa tindakan mereka itu akan membawa padah.

    oleh itu, langkah-langkah yang drastik perlu di ambil bagi menangani masalah ini.

    BalasPadam
  4. Salam..penggunaan komputer dalam p&p memang digalakkan namun di sebalik kebaikan ada juga keburukkannya.Sebagaimana yang kita sedia maklum rata-rata di seluruh pelusuk dunia terdapat kemudahan cyber cafe.Oleh itu para pengguna tidak kira tahap umur mengambil kesempatan melayari internet, namun begitu ada juga dalam kalangan mereka yang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan pelajaran sebaliknya mereka menggunakan kemudahan ini untuk berseronok.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...sobahalkhair....
    PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN.
    Saya berpendapat,penggunaan ICT dalam dunia pendidikan amat diperlukan.Ini kerana sebahagian besar maklumat atau pengetahuan senang didapati melalui ICT untuk kegunaan guru mahupun pelajar.
    Sekian.

    BalasPadam
  6. Salam..
    Pada pandangan saya, penggunaan komputer dalam p&p perlu digalakkan namun di sebalik kebaikan ada juga keburukkannya.Oleh itu para pengguna tidak kira tahap umur mengambil kesempatan melayari internet, namun begitu ada juga dalam kalangan mereka yang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan pelajaran sebaliknya mereka menggunakan kemudahan ini untuk berseronok.

    BalasPadam
  7. ict memang penting dalam dunia pendidkan hari ni.

    BalasPadam